«

»

May
24

SEKARANG PEJABAT EMAS KENA SERBU LAGI


Sesiapa yang ingin berurusan untuk beli emas atau renew kontrak emas anda, bolehlah datang seawal pagi kerana terlalu ramai orang yang menunggu giliran untuk beli emas disini.

Antara sebabnya ialah harga emas sekarang sudah murah sedikit dan promosi 3% bagi sekilogram hibah sebulan.

Rasanya di pasaraya pun tak sesak macam ini. Tetapi sesiapa yang nak beli anda jangan bimbang sebab yang beraturkan untuk anda adalah consultant emas yang berdaftar. Mereka mempunyai kepakaran dalam menunggu giliran dan beratur untuk membeli emas untuk anda.

Suasana dalam video ini adalah seawal 8 pagi. Pintu pejabat buka jam 9.30 pagi. Ada yang datang seawal 7 pagi. Bayangkan betapa ikhlasnya nak tolong pelanggan bagi hibah setiap bulan sampai sanggup berdiri 2 jam untuk ambik nombor giliran.

Lepas dapat nombor giliran kena tunggu lagi untuk dipanggil. Kalau seorang habis masa lebih kurang 20 minit, bayangkan kalau 500 orang sehari…

Sesiapa yang berminat untuk jadi consultant, inilah yang bakal anda akan lalui. Bukan senang nak senang. Tidak ada rezeki datang dengan sendiri tanpa usaha.

Jangan patah semangat, bantut nak jadi consultant. Kalau anda dibayar pendapatan setiap bulan 6 angka kena buat kerja menunggu macam ini, anda sanggup atau tidak ?

Kalau tak sanggup, pasti ada orang lain yang sanggup dan sebab itulah ramai yang beratur tu.

Usahanya pun tak susah mana, hanya menunggu nombor untuk dipanggil sahaja. Orang yang kerja security lagi lama kena menunggu. Dari pagi sampai pagi. Selamat bercuti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Have A Great Days

Leave a Reply