«

»

May
11

BANK AHRAHNU MENUKAR POLISI CAGARAN LAGI

Bagi pemilik emas yang ada menyimpan emas anda di bank Ahrahnu seperti barang kemas, sila baca memo ini . Pihak Ahrahnu meminta agar semua pemilik emas yang mencagar di bank tersebut menebus semula emas mereka dengan segera jika tidak mahu dilelong.

Situasi begini yang membuat orang ramai yang main skill rempit atau overlap atau beli satu dapat dua lagi tak boleh nak tidur malam sebab memikirkan bagaimana nak cari duit untuk bayar semula kos upah simpan dan kos duit yang telah diambil masa cagar emas dahulu.

Program manipulasi emas lebih dikatakan menipulasi duit sendiri sebab hujung-hujung datangnya duit dari poket sendiri.

Cara betul manipulasi emas adalah seperti iklan di Yapeim di TV. Kisah seorang usahawan nak pakai modal niaga dia cagar emas untuk buat modal bisnes kerepek.

Bila dah dapat untung dari bisnes dia, dia tebus semula emasnya dan menambah koleksi beli emas. Daripada menunggu permohonan nak dapatkan pinjaman, lebih senang jika cagar emas sebab dapat duit on the spot.

Itu bisnes kerepek belum lagi bisnes besar yang lain. Kebanyakan orang membuat cagar emas dengan harapan untuk dapat income tetapi lama kelamaan, kesedaran mula timbul bila dapat tahu cagaran tidak menguntungkan malah tak boleh dijadikan aset buat duit.

Daripada merepek cagar emas lebih baik buat bisnes jual kerepek. Siapa yang untung ? Ah Rahnu juga yang untung sebab dapat upah simpan dan dapat lelong emas atau jual emas dengan harga lelong kepada penjual emas.

Sila klik ke link di bawah untuk lihat memo :

Klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Have A Great Days

Leave a Reply