«

»

Mar
01

CAGAR EMAS DI AH RAHNU ADAKAH MENGUNTUNGKAN ?

Jangan terkejut jika kami katakan yang membuat pajakan di bank atau ah rahnu tak untung sangat. Jika tanya pada yang menjual memang mereka akan katakan untung. Kerana dapat jual banyak. Mengapa kami katakan tak untung?

Anda beli emas kemudian bercadang untuk membuat duit dari emas tersebut. Tak ada cara lain selain mencagarkan di bank sebab anda malas nak cari-cari orang untuk jual emas. Dengan cagar di bank, anda tak perlu nak berurusan dengan orang tetapi dengan orang bank sahaja.

Pada awalnya anda akan mendapat 65% daripada nilai emas anda. Bila dah berurusan buat kali kedua, baru dapat 70%. Yang ambik pakej beli satu dapat 2 pun seronok pada asalnya kerana ada banyak emas.

Tetapi tanpa sedari emas itu bukan 100% milik anda kerana anda sudah berhutang dengan bank setelah mengambil duit pajakan 65% atau 70%. Setiap kali harga emas naik, anda akan mengambil wang di bank dengan menukar surat dan itupun 70% daripada kenaikan emas. Ini bermakna anda tambah lagi hutang dengan bank.

Setiap kali tukar surat anda akan dapat kelebihan penambahan tempoh pinjaman. Daripada sebulan lagi nak tamat tempoh atau kontrak, bila anda tukar surat ia akan menjadi 6 bulan semula.

Tanpa sedari , sudah bertahun anda tukar surat dan orang bank pun dah kenal dengan anda. Jadi senang untuk anda berurusan dengan cepat bila dah kenal dengan pegawai bank. Siap boleh ajak makan tengahari sama lagi dan mana tahu, ada emas orang yang nak kena lelong, anda yang akan dapat berita dahulu.

Itulah kelebihan bila anda buat skill rempit atau overlap di bank. Tetapi seperti yang kami maklumkan kepada anda, sebenarnya emas bukan milik anda sepenuhnya. Jika nak ambik semula emas tersebut, anda perlu jelaskan semua pinjaman tambah dengan upah simpan bank. Lagi sedih jika emas itu emas pusaka warisan turun temurun.

Kadangkala jika anda nak buat program overlap atau rempit di bank ini tidak berbaloi dengan usaha anda. Duit minyak kereta, parking, menunggu, contohnya jika harga emas naik RM10. Emas anda ada 100 gram. Dalam pengiraan anda ada RM1000. Upah simpan RM600. Anda cuma dapat 70% jadi RM700. Dekat situ selepas tolak upah simpan tinggal RM100.

Sepanjang kenaikan emas anda dapat RM100 untuk mungkin 4 hingga 6 bulan. Bergantung pada kenaikan yang bank letakkan. Jika anda ada 10 kilogram emas memang berbaloi dapat RM10,000. Jika kami nak buat duit yang banyak memang kami akan promosikan program emas overlap ini. Sebab dapat jual banyak dan cepat buat duit.

Kemudian kami akan kongsikan kemahiran untuk membuat overlap serta membaca graf emas yang semua orang setuju, waktu paling sesuai beli emas ialah waktu ia jatuh atau murah dan yang paling penting ialah waktu ada duit. Tengah tak ada duit macamana nak beli emas walaupun harga emas murah waktu itu?

Sebab itu jika anda benar-benar nak beli emas, anda beli emas yang tidak ada tujuan untuk buat keuntungan jangka masa pendek. Beli dan simpan untuk 10 ke 20 tahun. Tetapi jika anda nak pakai duit setiap bulan dari emas, anda beli emas hibah.

Anda tak perlu buang masa beratur lama di bank untuk minta duit overlap dan apa yang anda cuma buat ialah setiap bulan cek akaun bank ada terima hibah atau belum. Jika belum SMS sahaja Consultant anda untuk ambilkan cek hibah anda di pejabat.

Bila dah lama dalam selok belok emas, baru sedar yang macamana boleh buat duit cepat dalam emas. Ternyata bila tak untung buat cagar emas ini, kawan rapat pun boleh jadi musuh dan sedara pun boleh putus sedara.

Jadi fikirkanlah, bahawa beli emas bukan untuk untung sekarang. Untung jangka panjang. Jika nak untung sekarang beli emas hibah. Lihat sendiri di bank,  mengapa bangsa lain jarang buat cagar emas mereka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Have A Great Days

4 comments

  1. Olivia Myers says:

    Fantastic beat ! I wish to apprentice even though you amend your site, how could i subscribe for a blog web site? The account aided me a acceptable deal. I had been a bit bit acquainted of this your broadcast provided bright clear concept
    forex trading

  2. Neck Pain Relief says:

    你好,博主。能不能帮我看看我这个的站,差不多俩年了,百度收录才几个页面,这是怎么回事呢??
    My site is on Back Pain Relief.

    1. Dev says:

      Saya pun pada awalnya bjalear seo pertama kenal dengan teknik yang Black ini.. Tapi seiring waktu dengan itu menurut pengalaman tidak cukup untuk menaikan SERP.. saya pernah mencoba memadukan sentuhan white pada black dan hasilnya lumayan memberikan nilai postif bagi SERP..tapi gak tahu juga sih pastinya karena SEO alakadarnya yang saya punya .. karena pengalaman mengandalkan black saja susah naiknya dan kurang stabil menurut saya ke-2nya perlu

  3. Manal says:

    kalau blog saya motivasinya untuk belaajr seo mas sampai ngerti tentang masalah seo dan sharing juga,terus menurut yg saya baca traffik tinggi=money jadinya lagi giat nich belaajr seo biar bisa dapat halaman 1 digoogle bisnis onlinenya nanti menyusul gto,,,dan ternyata belaajr seo asyik banget bikin penasaran dan selalu mendapatkan kepuasaan tersendiri bila sudah berada di halaman 1 google,..mksih bang infonya sangat menarik sebagai bahan untuk seo..:)

Leave a Reply